Muscare House mengamalkan perubatan Thabiyyah & Illahiah, bermaksud perubatan menggunakan ramuan-ramuan daripada bahan-bahan semulajadi dan doa-doa memohon rahmatNYA kerana sesungguhnya PENAWAR ITU IALAH RAHMAT ALLAH.
Dua aktiviti utama kami ialah:
1. Rawatan
2. Pengeluaran produk-produk
RAWATAN
“kalah jampi kerana petua, kalah petua kerana rahsia, MUSCARE HOUSE GEDUNG RAHSIA PENWAR”
• Amalan perubatan moden ialah “the doctor will treat the disease” atau doctor akan merawat pesakit, tetapi kami sebaliknya akan melayan kedua-duanya iaitu pesakit dan penyakitnya sekali dengan membuat rawatan kerohanian ke atas pesakit dan rawatan penyembuhan ke atas penyakit yang dihadapinya .
• Menggunakan ramuan untuk membersihkan perut, pundi kencing dan buah pinggang ; membersihkan ketiga-tiga kilang ini penting terutamanya perut kerana perut dikenali sebagai gudang penyakit. Kami mempunyai ramuan herba yang dapat membersihkannya dengan berkesan.
• Mempraktikkan teori keseimbangan badan iaitu pengambilan makanan/minuman, proses penghadaman dan proses pelawasan mestilah seimbang; dalam erti kata yang mudah ialah apa yang dimakan hendaklah hadam dan seterusnya keluar sebagai najis. Kami mempunyai ramuan yang dapat menjaga keseimbangan ini.
• Menggunakan aroma sebagai bantuan untuk menggemburkan otak supaya menjadi tenang dan waras; ketenangan itu amat berkesan membina immunity dalam badan untuk melawan penyakit
• Rawatan penyakit-penyakit kerohanian seperti saka, gangguan makhluk halus, borderline behavior akan dibuat sehingga selesai dengan hanya sekali bayaran
• InsyaALLAH semua penyakit ada penawarnya, dan kami menyediakan rawatan untuk bermacam-macam penyakit termasuklah migraine, gastric, darah tinggi, kencing manis, batu karang, karang darah, karang lendir, buasir/berak darah, sembelit, jerawat, badan/pernafasan/alat kelamin berbau, gout, masalah kesuburan/mendapatkan zuriat, paru-paru berair, kencing kotor, fibroid, mengembalikan perawan, lelaki/wanita istimewa dll .
• Kami membuat pengkhususan dalam PATAH & RAWATAN KEROHANIAN(saka, gangguan makhluk halus, lewat jodoh, hilang aura/penyerlahan diri, hilang emotional intelligent, pemagar, pelaris dll)